Saturday, September 13, 2008
Siapa Pernah Kata I.S.A. Jahat?
Dr Novandri Hasan Basri
Malaysia telah digemparkan dengan berita penahanan 3 warganegara Malaysia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Berita ini tentunya akan mengundang satu polemik percakaran pendapat dan kepentingan di antara mereka yang mendokong ISA dengan mereka yang anti-ISA.
Mahu tidak mahu, kerajaan yang sedia ada pasti diperkatakan secara keras kerana akta tersebut melibatkan kementerian dalam negeri biar pun tindakan mereka itu bertujuan untuk menjaga ketenteraman dan keharmonian rakyat Malaysia keseluruhannya.
Walau bagaimana pun, isu ini pasti mengundang pelbagai pandangan yang bersetuju atau pun mengutuk tindakan menahan ketiga-tiga rakyat tersebut.
Akan tetapi, biarlah kita fahami dengan lebih mendalam mengenai I.S.A, sejarah dan undang-undang terlebih dahulu sebelum kita mulakan perbincangan dan perdebatan kita mengenai isu terbaru ini.
Apa yang penulis harapkan ialah kita berbincang secara tertib dan positif.
Ironinya, negara Amerika Syarikat, negara yang kononnya civilised, bebas, mendokong hak-hak kemanusiaan dan pernah masuk campur hal ehwal negara dan juga mengecam akta Keselamatan Dalam Negeri, sebenarnya juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem Guantanamo Bay, Cuba.

Hundreds of people remain detained in Guantánamo, without charge and with little hope of a fair trial. Despite international outrage and the US authorities’ own stated wish to close the camp, Guantánamo is still holding detainees illegally.
Hundreds languish in cruel, inhuman and degrading conditions, including detainees who have been cleared for release.
Detainees continue to be transferred to the camp from secret CIA custody and elsewhere, confirming Guantánamo’s role at the heart of the US network of unlawful detention. (Klik di sini untuk bacaan seterusnya)
Di bawah ini, penulis sertakan sebahagian daripada inti pati ISA yang terdapat di dalam Wikipedia.
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960(Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.
Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.
Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.
Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini.
Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.
Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.
Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka.
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ianya dijadikan undang-undang pada tahun 1960.
Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan.
Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.
Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting.
Wikipedia juga melaporkan :-
Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA.
Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya."
Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat."
Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum." (Sumber - Wikipedia)
Credit to blog MIM
1technocrate

No comments:
Post a Comment