Tiada undang-undang benarkan perkahwinan sejenis
( 5 Gambar Hiasan )
KUALA LUMPUR: Tiada peruntukan undang undang atau mana mana agama di Malaysia
yang membenarkan hubungan dan perkahwinan sejenis atau seks bebas, kata Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Dalam mengekang perlakuan sedemi-kian katanya, beberapa perundangan di-gubal
termasuk Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang
mengandungi peruntukan Seksyen 21 (kesalahan pelacuran) dan Seksyen 22 (kesalahan
muncikari ‘ibu ayam’ atau ‘bapa ayam’).
Seksyen 25 (kesalahan liwat), Seksyen 26 (kesalahan musahaqah atau perhubungan
sejenis sesama perempuan), Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) dan Seksyen 29
(perbuatan tidak sopan di tempat awam) juga terdapat dalam akta berkenaan, katanya
semasa menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada Persidangan Dewan Rakyat
semalam.
Mohd Nizar bertanya mengenai langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam
menangani masalah homoseksual dan lesbian di kalangan umat Islam di negara ini. —
Sumber :Bernama
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/03/23/tiada-undang-undang-benarkan-perkahwinan-sejenis/#ixzz2IbRb9RoC
1technocrate